topbella

Friday, June 20, 2014

Membesar bagaikan JUARA!

Haaa.. Sekejaapp je anak2 ni membesar kan?
Terasa sayuu je kat hati ni bila tengok anak2 membesar dengan cepat. Takut sangat ada moment yang aku terlepas dengan dorg ni.
Paling aku rasa sayu lain macam kat hati ni, bila da masukkan Tisya g sekolah. Sekarang dia dah masuk 4tahun. So, aku masukkan dia tadika Kemas dekat je ngn rumah. Xsampai 10 minit pun jalan kaki dah sampai. Tp masa mula2 hantar, memang terasa sunyii sangat rumah. Biarpun setengah hari je dia kat sekolah tu.
Selalu bangun pagi mesti ada suara dia pagi2, pastu main ngan Imani. Begaduhlah, bermainlah, membebel tengok cerita kegemaran dorg. Sekarang hanya Imani ngn Musyrif je teman aku pagi2. Kakak Tisya dah sekolah. Xpelah, untuk pembelajaran dia jugak.




1st day Kakak pergi sekolah.

Ada juga yang cakap, hantar anak awal pegi sekolah nanti anak bukan belajar. Bermain je. Pastu pembelajaran dia hingga 6tahun nanti sama je. 
Tapi aku pikir xpelah. Sekurang2nya kakak boleh belajar berdikari, selain dapat kawan2 baru kat sekolah dan belajar perkara2 baru.
Sebenarnya, kanak2 ni dari mereka bayi hingga 4tahun, otak mereka akan menyerap semua yang mereka pandang, rasa, dengar dan pegang ketika dalam tempoh umur tersebut. Otak mereka dalam tempoh itu (1bulan-4tahun), akan menyerap bagaikan span dengan keadaan sekeliling merek. itulah yang akan jadi proses pembelajaran dalam kehidupan seharian kita. Sebab tu kat negara barat mereka dah hantar anak2 mereka sejak bayi lagi ke taska untuk mengasah dan menajamkan otak anak2 mereka.(betul ke x ayat, aku cakap ikut yang aku faham..hehe).
Lagi aku yang pernah baca, kita xperlu sebenarnya bersusah payah nak ajar anak membaca dan mengira ketika mereka di rumah. Sebab itu yang mereka akan pelajari di sekolah. Jika kita dah ajar mereka ABC dasn 123 kat rumah, nanti kat sekolah mereka akan merasa bosan sebab benda tu dia dah tahu dan belajar kat rumah. So biarlah, cikgu yang ajar mereka kat sekolah nanti. Ajar sikit2 xpelah kan..jeje
Untuk kita sebagai orang Islam, haruslah menitik beratkan belajar mengaji di rumah. Fokus untuk ajar anak solat dan mengaji. 
Selain tu untuk bayi kita boleh bagi mereka kenal warna dan bentuk objek. Sekarang dah berlambak permainan macamtu. Kalau kreatif boleh je buat sendiri. ^_^

Kakak kat sekolah. Pic tepi Imani pun seronok tengok kakak nak pegi sekolah. Ngan xpakai baju awal pagi. hehe

Hari Jumaat baju bebas, baju kurung ke, kebaya ke jubah ke..

Setiap Selasa dan Khamis bersukan katanya..^_^

Rutin harian sebelum ke sekolah..Kita minum SUSU. hehehe.. Xmalu hisap susu dalam botol lagi.



Apa2 pun, nak masukkan anak awal ke lambat ke sekolah, terpulanglah kepada ibu bapa juga dan pendapat masing2. Sebab ini sekadar pendapat diriku setelah mengkaji selidik beberapa blog ibu2, guru dan sekolah yang lain sebelum tekad nak masukkan kakak pegi sekolah. Begitu jugak adik2nya..soon. ^_^
SEMOGA ANAK2 KITA MEMBESAR BAGAIKAN JUARA! Cemerlang dunia dan akhirat. In shaa Allah.. aamiin...

Rinduuuuu BLOG BabyAelongz ku!!!

Assalamualaikum wbt..

Sudah terlalu lama aku x mencoret membebel dalam blogku ni. Rindu ngan blog aku ni sebenarnya, tapi masa terlalu mencemburuiku dan aku pun sekarang memang dah xcukup kaki tangan nak menulis blog.



Hehehe... dan terlalu banyak perubahan pertambahan dalam hidupku kini. Dengan kehadiran cahayamata yang ke-3. Opss!! Ngeee... Dalam x sedar dah ada 3 orang cahayamata. Dan akhirnya cahayamataku yang ketiga, aku dah ada baby boy. ^_^
Syukur Alhamdulillah.. rezeki Allah beri untukku dan suami.

NurErynaImani, MuhammadMusyrif, NurErynaBatrisyia

Tentang Diriku...

My photo
This is about myself.. Raianah@BabyAelongz binti Abdul Rani. Aku ialah anak kepada Abdul Rani bin Said, isteri kepada Mohd Syazwan bin Mohd Lattef dan Bonda kepada anak2ku NurEryna Batrisyia, Nur Eryna Imani dan Muhammad Musyrif. Inilah kisahku, nukilanku dari pandangan, hati, fikiran dan perasaanku yang ingin ku kongsi bersama. Gembira, marah, sedih, suka, duka, tangis dan tawa.. TO LOVE SOMEONE IS NOTHING, TO BE LOVED BY SOMEONE IS SOMETHING, TO BE LOVED BY SOMEONE YOU LOVE IS EXCITING,BUT.... TO BE LOVED BY ALLAH IS EVERYTHING!!!