topbella

Wednesday, May 9, 2012

Hari Ibu..mama

Assalamualaikum wbt...

Tak lama lagi hari ibu kan.. Dalam facebook ramai sudah kawan-kawanku yang wish hari ibu to their mother. Tak ketinggalan jugalah aku.. Huhuhu.. Walaupun mama jauh disana, tapi still dekat lam  hati ini. Mama, terima kasih kerana sudi mengandungkan ku 9bulan 9hari, menyusukanku, membesarkanku, menjagaku, bergurau senda denganku, mendengar segala rintihanku, menyayangiku sepenuh hatimu...dan semuanya yang tidak dapat ku gambarkan lagi dengan kata-kata.

Mama, rindunya hati ini terlalu dalam buat mama. Sebaknya hati ini terlalu tebal. Anakmu ini yang tidak sempurna dan tidak menjadi apa yang mama impikan. Maafkan anakmu ini mama.. Halalkanlah setiap air susu yang ku minum daripadamu.. Setiap makanan yang kau suapkan padaku.. 

Mama, anakmu ini memohon ampun dan maaf, dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, atas segala salah silap yang pernah anakmu ini lakukan. Masa kecil2 dulu, disuruh buat itu ini,marah2, hentak2 kaki, melawan.. Macam2 kan.. 

Sekarang, segala pengorbananmu itu, tidak dapat ku balas. Hanya mampu ku beri, doa, doa dan doa kepadamu mama. Semoga Allah memanjangkan umur mama, memberikan kesihatan yg baik, rezeki yg berlipat ganda, dan rahmat yang berganda2 daripadaNYA. Hanya doa yang mampu ku berikan buatmu mama..

Kini, aku merasa bagaimana dan macam mana menjadi seorang mama. Dengan menjadi seorang bunda kepada bakal 2 org anak2ku, baru ku sedar pengorbanan mama yang begitu besar dalam membesarkan dan mendidik aku dan adik-adik. Insyaallah, aku akan cuba menjadi bunda yang baik walaupun mungkin tidak yang terbaik untuk anak2ku. Terima kasih yang tak terhingga buat mamaku ALINAH BINTI PANTAI..

Mamaku yang tercinta. sayang mama sangat2


No comments:

Post a Comment

Tentang Diriku...

My photo
This is about myself.. Raianah@BabyAelongz binti Abdul Rani. Aku ialah anak kepada Abdul Rani bin Said, isteri kepada Mohd Syazwan bin Mohd Lattef dan Bonda kepada anak2ku NurEryna Batrisyia, Nur Eryna Imani dan Muhammad Musyrif. Inilah kisahku, nukilanku dari pandangan, hati, fikiran dan perasaanku yang ingin ku kongsi bersama. Gembira, marah, sedih, suka, duka, tangis dan tawa.. TO LOVE SOMEONE IS NOTHING, TO BE LOVED BY SOMEONE IS SOMETHING, TO BE LOVED BY SOMEONE YOU LOVE IS EXCITING,BUT.... TO BE LOVED BY ALLAH IS EVERYTHING!!!