topbella

Friday, August 15, 2014

Cahaya mataku..

1.Nur Eryna Batrisyia - 2/9/2010 (normal, vacuum)
2. Nur Eryna Imani - 10/5/ 2012 (normal)
3. Muhammad Musyrif - 30/01/2014 (caeserean)
Anugerah dan amanah dari Allah yang tak ternilai

Aku bersyukur sangat-sangat, Allah telah menganugerahkan kepadaku 3 orang cahayamata yang sihat, sempurna dan comel2 belaka. Mereka adalah anugerah dari-NYA yang tidak ternilai harganya.

Anugerah dan pinjaman daripada Allah yang tidak ternilai.

Penawar hati dikala duka. Anak-anak bunda.


Bayi ketiga, Caeserean.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..pada 30 Januari 2014, pd jam 12.35tghari selamatlah aku melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.3kg. 
Khalifah muda ini kami beri nama Muhammad Musyrif bin Mohd Syazwan. Lahirnya ia menambah lagiseri dalam kehidupan kami sekeluarga. Bertambah lagi bilangan ahli dalam keluarga kecilku. Syukur alhamdulillah.
Berbeza dengan kelahiran anak-anakku yang sebelum ni, aku harus menjalani caesarean sebab baby dah berak kencing dalam perut, namun aku redha kerana bagiku yang penting anakku selamat lahir ke dunia. Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..

Muhammad Musyrif, my young khalifah.


  • Bayi lemas - bayi berak dalam perut, lemas, jantung bayi berdegup terlalu laju atau terlalu perlahan. Apabila itu berlaku, pembedahan kecemasan perlu dibuat ketika itu juga bagi menyelamatkan bayi.
Kenapa baby dah berak kencing dalam kandungan? Aku pun xpasti. Tapi yang pasti, sebelum aku ditahan wad, aku bedal minum 2biji sekaligus air kelapa muda dan dari situlah semuanya bermula.
Ketika kandunganku mencecah 37week, aku mengalami kencing kotor dan demam yang menyebabkan aku di tahan wad sehari semalam. Sakit perutku sma spt skt nak bersalin ditambah lagi ketika tu aku dah keluar tanda (darah). Tapi contraction tu masih jauh jaraknya. Doc benarkan aku balik kerumah.
Sehari selepas keluar wad, aku lakukan rutin seperti biasa iaitu mengira gerakan bayi. Tapi dari pagi ku rasa bayiku xbergerak-gerak. Pada jam 1tghari aku ajak suami pegi klinik untuk scan.
Syukur jantung bayiku masih berdegup doktor kata bayiku sedang tidur. Tapi hingga sekarang aku xboleh lupakan mulut laser doktor lelaki tersebut. Memang doktor xboleh jaga hati pesakit ye? Dia boleh cakap kenapa nak scan? Nak tengok baby hidup lagi ke dah mati ke? Soalan bangang dari seorang doktor aku dengar. Ok, sambung balik.
So, dengan perasaan bersyukur aku pulang kerumah. Dan dengan izin Allah, esoknya aku mengalami contraction lagi. Tapi aku tunggu hingga pukul 10pg,baru aku ajak suami pegi hospital. Singgah rumah mertua sekejap,sempat lagi makan sambil menahan perut yang dah sakit.
Sampai di hospital, setelah pasang alat yang cek contraction ngan jantung baby tu, nurse tu dah detect something. Aku dah mula cuak. Nurse tu bagitau mungkin bayiku dah berak dalam perut,sebab pada bacaan tu, selepas tanda sakit contraction, bacaan untuk jantung baby menurun ke bawah. Bermakna baby lemas!
Kemudian doc datang untuk pastikan betul ke tidak baby da berak, dan setelah doc keluarkan sedikit air ketuban, ternyata air ketubanku sudah bertukar warna, yang sepatutnya seperti putihtelur, sudah berwarna coklat sedikit kehijauan.
Aku dah mula fikir macam2. Serius, aku dah mula menangis dalam labour room tu. Suami pun kulihat bergenang airmata, tapi still buat macam biasa dan suruh aku jangan fikir yang bukan2. Keluarga dari kedua2 belahku dan suami dibagitau.
Aku ditolak masuk dalam bilik operation. Ya Allah, dalam hati aku xputus2 berdoa minta pada Allah agar dipermudahkan segalanya. Masih terbayang2 dalam ingatan, dari saat aku dibius, kemudian air ketuban ku pecah, kaki rasa semut2 rupanya kesan bius dah mula merebak(aku bius separus badan, sebab makan pg jam 10lbh kat umah mertua), kemudian dorang baringkan dan pasang tirai kat dada dan ikat tanganku kedua2 belah. Memang xde rasa apa2, tapi dalam bilik op tu sejuk yang amat!! Menggigil2 walaupun ada pemanas yang xserupa pemanas aku rasa. Aku mula dengar bunyi2 dan perutku kena goyang2 untuk keluarkan bayi. Adakala aku rasa macam nak tdo, adakala sesak nafas tapi mataku xboleh tdo sehinggalah aku dengar sendiri bayiku menangis.
Aku ingta lagi doc panggil2 baby suh keluar dan akhirnya, aku terdengar tangisan pertama dari bayiku. Ya Allah, syukur alhamdulillah.Airmataku xhenti2 mengalir. Setelah dorang bawa baby ke sisi untukku lihat dan cium, kemudian aku dah xnak pikir ape2 lg. Hanya menunggu aku siap dijahit dan ditolak keluar dari situ. Sebelum keluar pakaianku disalin lagi, barulah aku ditolak masuk ke dalam wad.
Apa yang aku ingat, kesan bius bertahan selama 6jam. Bila kesan bius hilang, Allah, tuhan saja yang taw sakitnya bila mula gerakkan badan. Sakit!!! Tapi aku kena bangun dan bergerak ke tandas dalam temoh 24jam jika aku ingin cepat sembuh.
Alhamdulillah, sekarang sudah hampir 7bulan berlalu, aku dah semakin kuat biarpun kat belah dalam jahitan kadang2 ada jugak rsa sakit dan gatal. Tapi aku bersyukur sangat2 sebab aku dan bayiku sihat dan selamat. Terima kasih ya Allah.. Terima kasih juga buat suami, ahli keluarga dan semua yang mendoakan. Terima kasih juga buat team Hospital Pantai Melaka yang berusaha menyelamatkan aku dan bayi. Terima kasih xterhingga aku ucapkan. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik semua. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK! ^_^..<3

















Tentang Diriku...

My photo
This is about myself.. Raianah@BabyAelongz binti Abdul Rani. Aku ialah anak kepada Abdul Rani bin Said, isteri kepada Mohd Syazwan bin Mohd Lattef dan Bonda kepada anak2ku NurEryna Batrisyia, Nur Eryna Imani dan Muhammad Musyrif. Inilah kisahku, nukilanku dari pandangan, hati, fikiran dan perasaanku yang ingin ku kongsi bersama. Gembira, marah, sedih, suka, duka, tangis dan tawa.. TO LOVE SOMEONE IS NOTHING, TO BE LOVED BY SOMEONE IS SOMETHING, TO BE LOVED BY SOMEONE YOU LOVE IS EXCITING,BUT.... TO BE LOVED BY ALLAH IS EVERYTHING!!!