topbella

Thursday, March 21, 2013

Dah besar dah cerdik.


Sekejap je masa berlalu, Nur Eryna Imani sudah pun berusia 10bulan. Xlama lg dah nak setahun da anak bunda ni. Semakinhari semakin bijak dan cerdik. Dari berumur sehari hinggalah da 10bulan ni, macam-macam ragam perangai Imani yang bijak ni. Huhuhu..
Sekarang dah pandai babai, say bak sambil hulur tangan dan dah macam nak pandai berjalan.. Hihihi.. memang xterkejarlah jawabnyee.. Turun naik katil/kerusi memang xpayah cakaplah. Serahkan saja padanye.. Oklah, aku sertakan pic Imani yg semakin bijak dan cerdik ni yer.. Sayang anak bunda sangat2 taw.. <3
Time ni Imani da 2bulan lebih. Jalan2 kat shopping yer??
Imani 3bulan. Kat Labuan ni. Balik raya...yeehaa
4bulan, nak tayang Imani ketawa yg jarang nak dengar dia ketawa sekarang..sebab dah asyik nak main jer.
4bulan, Saya dah pakai subang!! Yeayyy!!
6bulan, apelah bunda ni kan. Mandikan kat singki plak!
6bulan, main cak2 pulak dia..!!^_^
Kite da 9bulan time ni. Pakai TUTU bunda buat, cantik x??

Tidur lena yer sayang, Imani masuk 10bulan dah. Jadi anak yg baik dan solehah yer. In shaa Allah

Inilah anakku Nur Eryna Imani yg semakin membesar dan bermacam2 ragam dan kerenah dia. Sayang ank bunda ni taw.  Looovveeee Imani banyak2, bejuta2 lemon. Hikhik..


Wednesday, March 20, 2013

Nur Eryna Imani selepas 6 jam dilahirkan. Sangat bulatlah awak sayang..<3
Assalamualaikum.. Lame gilerrr dah xupdate blog aku yg xseberapa nih. Huhuhu..
Sebenarnya nak bgtaw yg aku dah selamat pun melahirkan seorang lagi baby girl. Alhamdulillah sihat dan sempurna. Name baby aku yg kedua ni Nur Eryna Imani yg bermaksud Cahaya Cantik/kecantikkan Iman kami. Saje nak kekalkan Eryna kat tengah, sebab ayah die kate anak2 dia semua cantik2. Hihihi.. trademark katenye.. Apa2 pun, perkenalkan, inilah baby Imani ku yg comel dan cantik. Semoga anak bunda menjadi anak yg solehah, hormat org tua, baik budi pekerti dan jadi anak yg bijak pndai dunia dan akhirat. Aminn..


Baby baru lahir 10hb 5 2012, jm 5.51am brt 3.05kg.






Nur Eryna Imani Binti Mohd Syazwan


Imani bukak mate.


Wednesday, May 9, 2012

Hari Ibu..mama

Assalamualaikum wbt...

Tak lama lagi hari ibu kan.. Dalam facebook ramai sudah kawan-kawanku yang wish hari ibu to their mother. Tak ketinggalan jugalah aku.. Huhuhu.. Walaupun mama jauh disana, tapi still dekat lam  hati ini. Mama, terima kasih kerana sudi mengandungkan ku 9bulan 9hari, menyusukanku, membesarkanku, menjagaku, bergurau senda denganku, mendengar segala rintihanku, menyayangiku sepenuh hatimu...dan semuanya yang tidak dapat ku gambarkan lagi dengan kata-kata.

Mama, rindunya hati ini terlalu dalam buat mama. Sebaknya hati ini terlalu tebal. Anakmu ini yang tidak sempurna dan tidak menjadi apa yang mama impikan. Maafkan anakmu ini mama.. Halalkanlah setiap air susu yang ku minum daripadamu.. Setiap makanan yang kau suapkan padaku.. 

Mama, anakmu ini memohon ampun dan maaf, dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, atas segala salah silap yang pernah anakmu ini lakukan. Masa kecil2 dulu, disuruh buat itu ini,marah2, hentak2 kaki, melawan.. Macam2 kan.. 

Sekarang, segala pengorbananmu itu, tidak dapat ku balas. Hanya mampu ku beri, doa, doa dan doa kepadamu mama. Semoga Allah memanjangkan umur mama, memberikan kesihatan yg baik, rezeki yg berlipat ganda, dan rahmat yang berganda2 daripadaNYA. Hanya doa yang mampu ku berikan buatmu mama..

Kini, aku merasa bagaimana dan macam mana menjadi seorang mama. Dengan menjadi seorang bunda kepada bakal 2 org anak2ku, baru ku sedar pengorbanan mama yang begitu besar dalam membesarkan dan mendidik aku dan adik-adik. Insyaallah, aku akan cuba menjadi bunda yang baik walaupun mungkin tidak yang terbaik untuk anak2ku. Terima kasih yang tak terhingga buat mamaku ALINAH BINTI PANTAI..

Mamaku yang tercinta. sayang mama sangat2


Saturday, February 18, 2012

Macam-macam..

                 17/2/2012, 8AM... Sepatutnya aku datang hospital besar Melaka sebelum pukul 8am, tapi aku datang da pukul 9.30am. Ape boleh buat...janji melayu kan. Takke hampeh, doktor pulak da balik hospital Putra. Sebab GH Melaka xde specialist jantung. Kesian doktor tu tggu aku dari 7lebih pagi. Kesian gak ngan hubby aku, sebab die da amik cuti semata-mata nak temankan aku g spital. Hmm... Terpaksa wat temujanji baru, minggu depan hari jumaat, siap tulis kat situ, sebelum 7.45AM. Hahaha.. takut aku datang lambat lagi.
                 Alkisahnya, Eryna malam tu asyik terjaga and nangis je. Ntahla, perut die sakit kot. Aku pon xlehla tdo sampai ke pagi. Sebab kesiankan hubby and my daughter, aku biarlah dorang tido sampai kul 8. Skalinya, aku yang xdapat jumpa doktor. HUhuhu..
                 
Sebelum berangkat ke hospital (kekeke, sempat posing)
Macam2 gelagat orang.

Suka tengok gaya budak ni, simple je die.

Amalkan membaca..

Amik ragam orang..

Ambulan..huhu..pon nak amik..

Ibu ngan anak2nya yang comel..^_^


Akibat bosan, aku pon asyik snap2 orang2 kat sekeliling..huhuhu.. Pas dari hospital, aku terus g check up kat Klinik Amal. Alhamdulillah, semuanya ok.. Dari kesihatan diriku, hinggalah ke kandunganku... Dah mencecah 6bulan 3minggu.. Macam sekejap je mase berlalu. Actually, aku dah scan, dan korang nak taw baby ape???? Biarlah rahsiaa.... Huhuhu.. Xmo bgtawlah.. 

Da balik umah, sempat pose lagi.Hihi... Comel tak ibu mengandung nih?? haha






Thursday, February 16, 2012

Cheese Marie Oreo...

Aku da lame dapat resepi ne, tapi baru je dapat buat.. Sebenarnye, baru dapat kerajinan nak membuatnyee... hehehehe.. Papepun, aku nak share resepi ni with u all..^_^..




Cheese Marie Oreo

Bahan-bahan :

250g cream cheese 
50g butter
100g gula aising
biskut marie secukupnya ( sy guna perisa kopi)
1/2 cawan air kopi pekat.. ( sejuk)

Cara-cara:

Pukul cream cheese, butter dan gula aising sehingga jadi bentuk krim.
Alaskan loyang ke, tupperware ke.. tipuware ke dgn plastik wrap.
Celup biskut marie sekejap dlm air kopi, susun dalam loyang tadi.
Masukkan sedikit krim, ratakan. Ulang dengan biskut marie pula.. Buat sehingga abih.
Untuk lapisan teratas... sapukan krim, kemudian taburkan biskut marie @ oreo yg dikisar.

Sejukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.




Hah.. itulah die resepinyer... Kepada kengkawan yang nak mencube, lehla cube..^_^.. Sedap, semoga berjaya...

I'm Pregnant again!!!

Aku pregnant lagi!!! Huhuhu... Sekarang da masuk 6bulan 2minggu..
Sekejap jew da 6 bulan.. Aku pun x teraselah.. Eryna pulak, sejak aku da pregnant ni, die punye manja pun lain macam2.. mengade2 pun ye.. HUhu, orang kate memang camtu.. Sebab die nak beradik.. Hmmm... Anak bunda, manje2 xpe.. Naty adik da ade, sayang adik gak k..^_^..


Perut aku 5 month..

Yangni dah masuk 6 month..^_^

Aku da pakai spek..Huhuhuhu

Actually mate aku da rabun sejak time sekolah lagi.. Tapi juz rabun yang sikit2 jew..
Tapi ne, tengok muke orang pon daxbrape nak nampak, terpaksalahaku pakai spek..
Macam ni lah rupe aku da pakai spek mate.. hihihi

Huhuhu, lain da muke aku pakai spek..

Ne ngan hubby tercinta..

Ngan my princess..^_^

Tentang Diriku...

My photo
This is about myself.. Raianah@BabyAelongz binti Abdul Rani. Aku ialah anak kepada Abdul Rani bin Said, isteri kepada Mohd Syazwan bin Mohd Lattef dan Bonda kepada anak2ku NurEryna Batrisyia, Nur Eryna Imani dan Muhammad Musyrif. Inilah kisahku, nukilanku dari pandangan, hati, fikiran dan perasaanku yang ingin ku kongsi bersama. Gembira, marah, sedih, suka, duka, tangis dan tawa.. TO LOVE SOMEONE IS NOTHING, TO BE LOVED BY SOMEONE IS SOMETHING, TO BE LOVED BY SOMEONE YOU LOVE IS EXCITING,BUT.... TO BE LOVED BY ALLAH IS EVERYTHING!!!